nxnx__


+ Follow | Board | Credit/Tweet
MINE POST LINK
Credit/Tweet

Layout | Insp. n Help | Background
xoxoxoxoxo.
Best view by Google Chrome.

Hover Here for Magic.
Assalamualaikum. Hi. Selamat datang. Enjoy reading okey? Saya cinta Allah swt. Saya admire Jung Yong Hwa & Lee Min Ho yg setia. Saya peminat Aaron Aziz yg setia. Saya suka Syed Shamim.
★ Tips Mengekalkan Persahabatan
20 November 2011 | Leave a comment ? (0)




Assalamualaikum :) Entri ni agak panjang, tapi bermanfaat. Kite dapat dari Skipalong ♥

Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita peluang untuk berkongsi suka duka bersama, bukannya untuk saling menyakiti dan membenci antara satu sama lain. Tetapi, menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki SELURUH ruang hidupnya. Misalnya, melarang kawan korang tu untuk membuat itu dan ini. Malah, kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Faham tu? Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan diri sendiri dan terlalu mengongkong tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apa salahnya kalau kita saling menghormati hak kebebasan masing masing. Dan yang paling penting, si dia jujur dalam persahabatannya.

Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang kata cemburu itu bunganya cinta. Tetapi, cemburu yang membabi badak lembu kambing buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, bunuh kawan kamu itu cuba selidiki dahulu kebenarannya. Kalau ada yang tak kena, tanyalah kawan kamu tu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.Bukannya main tuduh jer! Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya, perasaan cemburu ini tak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuat kawan korang tu naik tocang atau naik muak. Nanti, dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu rasa cemburu dengan berulang kali. INI SANGAT MENYAKITKAN! 

Saling memahami
Untuk menjadi seorang sahabat yang baik, kamu harus berusaha untuk memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya secara mendalam. Misalnya, kawan kamu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama-sama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kan lagi elok kalau korang cari hiburan untuk diri korang sendiri, lagipun esok masih ada untuk korang bertemu dia :)

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan persahabatan korang, tidak ada ruginya kalau kamu sekali sekala bersikap mengalah. Jangan jadi lagu Selalu Mengalah tu pulak. Tu dah lebih -.- Okay, meh sini saya bagi contoh. MISALNYA, kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Kamu lebih suka menonton wayang tetapi si dia lebih suka bermain boling. Oleh sebab kamu sayangkan tali persahabatan yang dah kamu bina sekian lama, si dia sanggup sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata mata mahu menjaga hati kamu. Tetapi kalau kamu fikirkan balik, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini mesti akan membuat si dia lebih selesa, bahagia dan menyayangi kamu.

Saling memberi kemaafan
Kemaafan tu perlu. Tetapi sukar selagi perasaan kesal dan kecewa masih menguasai diri kamu. Tetapi sebagain insan biasa, kita tak dapat melarikan diri daripada melakukan kesilapan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan kita sesama sendiri. Cuba kita belajar untuk menjadi seorang sahabat yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu tahu perkara itu bukanlah berpunca daripada kesilapan kamu :)

Haa, tulah antara tips-tips yang boleh kita amalkan untuk mengeratkan hubungan persahabatan. Kata kata hikmat ni sangat berguna untuk semua manusia.

← Newer Post
Older Post →